Cafe World punya angkara

Nanti kejap.Nanti kejap.Nanti kejap.Tadi baru lepas reply posting sahabat saya kat SINUN.Ternampak perkataan TERGEDIK dan kini,saya memang akui bahawa saya tersangatlah tergedik-gedik nak posting entri baru beberapa perkara yang berlaku dalam penghidupan ini sepanjang 2 minggu baru-baru ni.

Baru tengah draf entri pertama,tiba-tiba teringat Cafe World saya kat Facebook tu.Macam hampeh kan.Leh corner baring baekk punya tinggalkan blog,beralih arah pada Facebook.

Biar saya draf je entri-entri baru tersebut sampai jadi basi.Ngehngehngehngeh.

Babai.

Read More..

Lazy - Am I?

Sejak semalam senyuman saya meleret-leret sampai ke telinga.Ahh...tipu.KahKahKah.Tak terbayang macam mana I tersengih sampai ke telinga.Macam alien or predator only.Tapi,betul nih,tak tipu,memang saya rasa nak senyum sepanjang masa.Apekah kerana INI atau INI?Tapi terapi yang baguslah untuk saya bersenyum-senyum macam ni selalu.Apatah lagi bila dirumah.Sejuk mata semua orang yang memandang.SH makan biskut bersepah depan tv pun saya senyum.Encik Khairul lupa nak sidai towel lepas mandi pagi tadi pun saya masih senyum lagi.Perez dan Nonado ter'meow-meow' macam pagi-pagi buta pukul 5 tadi pun saya tetap tersenyum.Senyumlahhhhhhhhhh.......(tiba-tiba keluar lagu kumpulan Raihan).

Kenapa?

3 minggu yang lalu.
  • Saya menjadi sangat malas semalas-malas manusia dibumi ini.Jangankan seluruh ahli keluarga dalam rumah ni terpinga-pinga (tapi tak mampu bersuara atau bertanya perihal sikap saya yang berubah sekelip mata) dengan keadaan ini,malah saya sendiri juga turut terpinga-pinga melihatkan keadaan/persekitaran yang tidak sihat ini.Tapi,saya masih selamba online main facebook,berforum dan main games.Rumah yang not manageable,saya tolak ke tepi.Kerana saya transform menjadi seorang yang pemalas tahap tak tahu malu.Hahahaha.
  • Saya bagaikan tiada arah tujuan hidup.Tiada keinginan untuk berfoya-foya dengan suami,anak,rakan-taulan,sahabat-handai,saudara-mara dan siapa-siapa saja.Bermaksud,saya merasakan bagaikan tiada keperluan untuk saya say hi hi bye bye..how are you?how dare you?or whatsoever lah.No movie at cinema.No manja-manja with Gatos a.k.a Cats.No feeling-feeling with huby and SH.No gossip-gossip with Mama,Ma (mother-in-law) or any-who pon.
  • IF I online pun, cuma beberapa ketika je.Games at facebook?NoMore!The Sims?NoMore! Then,I cuma tengok tv.Semua cerita I layan.Termasuk Wipeout Australia.Huh?
  • Saya malas berdandan.NoMore contact lens.NoMore eyeliner,maskara,eyeshadow,and blusher.Hanya tempek Garnier Light and Silky compact powder.(Heh,tahu sudah saya ni 'brand' ape..semua jenis yang mudah didapati dan tak payah nak sayang-sayang kalau nak pakai or takut habis.)Oh ya,lupa pulak,lipstick or lipgloss dari maybeline.Yahoooo....senangnya dapat isteri yang tak kenal M.A.C,BobbyBrown,CD, or whatsoever (again).
  • Saya salahkan sakit lelah yang saya alami lately ni.Saya salahkan rasa pening dan kepala menjadi pusing kalau saya berdiri lama.Saya salahkan batuk-batuk yang berterusan (terutama awal pagi dan waktu tidur) sehingga menyebabkan saya muntah.Saya salahkan perut saya yang suka menjadi sebu atau kembung perut.Dan saya salahkan rasa letih atas semua punca-punca ini yang menyebabkan saya menjadi MALAS untuk seluruh hidup saya!
Saya memang sengaja tak salahkan diri sendiri sebab saya menjadi MALAS untuk menyalahkan diri sendiri atau mengakuinya.Namun,sang suami dan anak hanya berdiam diri melihat perlakuan (yang saya rasa tersangatlah tidak senonoh)saya yang jadi pemalas tahap tak tau malu.Hahahaha.(nak tergelak dengan tohmahan yang dilemparkan terhadap diri sendiri.

Kenang daku dalam doamu.
Kanda,doa-doakanlah adinda mu ini pulih seperti sediakala.Adinda tak sanggup lagi diselubungi sikap tak berperasaan macam ni lagi.I rindukan home sweet home kita dan selalu bercantik-cantik dengan you.What's wrong with me?!

Kejap.Nak pegi tanam azam baru agar tumbuh mekar dalam sanubari ini.Walaupun ada perkara yang membuatkan saya murah senyuman sejak semalam,tapi keazaman saya belum tersemai lagi.Gotta go.Out.

Read More..

Exchange Gift @ Ehoza



Bermula 2 Nov 2009 - 16 Nov 2009,saya termasuk beberapa lagi geng Ehoza.com yang participate Exchange Gift@ehoza telah diberi masa seperti yang disebutkan untuk melakukan tugasan menerima dan memberi hadiah dari dan kepada orang yang berbeza.Lihat SINI untuk keterangan lanjut.Cewah.

Pemilihan dibuat berdasarkan undian dari pihak penganjur.Saya telah diundi untuk menerima hadiah dari user Zappa's Fan dan memberi hadiah kepada user Aween.Sori Aween,I terpaksa cilok ur pic,terlupa pulak nak snap gambar hari tu.Hehehe.Sangat fun Ok main tukar-tukar hadiah ni.Berdebar-debar tau tunggu abang posmen/kurier datang rumah dan berdebar-debar jugak tunggu reply dari orang sinun,either dah dapat gift or belum.

Nak lagiiiiiiiiiiiiiii...!!!
Read More..

Birthday Party Again

Venue : Kenny Roger's Restaurant @ Jusco Setiawangsa
Date : 7 November 2009
Subject :Let's Get The Party Started!(heh, party le sangat..)Muahahaha...


my nephew - selamat hari lahir ryan darwish!

Atenye,seawal mukadimah dah nampak gambarajah budak laki comel yang masih dibawah umur,jadi,ape sangatlah parti yang mampu dianjurkan oleh budak lelaki tersebut.Dengan berkonsepkan 'guna jari pon boleh' untuk mengira helaian rambut tersebut,makanya,parti apa lagi,birthday parti lagi lah jawabnya.Parti..parti..parti...parti..birthday..birthday..birthday...eh,coba sebut kenduri kesyukuran ke kan bagus.Lagi memuliakan.birthday parti..birthday parti...huh!Western Digital betoi!Tapi macam mulia nak cakap macam ni, "Jemputlah datang kenduri kesyukuran bertempat di restoran kenny roger's ya". Hambik kau! Musti Atok-atok,nenek-nenek terkesima memandang kami atas bawah.Ahh..tukar topik! Menjadi semula seperti Western Digital "Jom berparti kat Kenny Roger's!" (tak payah sebut 'Restoran Kenny Roger's' semua orang tahu KR tu ialah MAKAN,peduli hapa tentang siapa yang bernama Kenny Roger's itu!).

budak pompuan si penulis ni meraban ape nih?

Jam menunjukkan 8:08 minit pagi.Saya masih belum sarapan.Harap maklum.





Para tetamu sedang membuat pesanan sambil diawasi boncer berjaket hitam tersebut.Hahaha.Itulah mastermind parti ini.(sebut parti lagi).Adalah lebih kurang 25-30 tetamu yang dijemput iaitu terdiri dari mak,ayah,mak mertua,pak mertua,makcik,pak ngah,kak long,ucu,achik,ateh,alang-alang menyelum pekasam(what the H is this?)Baiklah..baiklah...tetamu yang dijemput terdiri terduduk dari kaum keluarga dan kenalan terdekat


Isk..isk..isk..enterprem lagi.Tak apalah,sebagai bukti kehadiran.Gila tak datang bab-bab makan free nih?Aduhh..lapar pulak rasanya.Nak breakfast dululah.Bye.

Alasan malas nak menaip lagi dah.

Read More..

He's Just Not That Into You


Remember that really cute guy who said he'd call...and didn't?Maybe He's Just Not That Into You.An all-star cast looks for love and finds laugh in this savvy,sexy,right now romcom.Based on the runaway (like some guys u know) bestseller bu Sex And The City series writter Greg Behrendi and Liz Tuccillo,He's Just Not That Into You sparkles with zingy aha moments any survivor of the dating wars will recognize.See it with someone u'd like to love.

Kimmy baru preview film ni ke?Orang dah tengok lama la.Kesian.



Drew Barrymore played as Mary.

Mary adalah teman baik Anna.(fullstop,tak payah cakap baik macam mana.Its a ge-gurl story maa..).Mary ni kerja kat bahagian pengiklanan untuk akhbar tempat dia bekerja.Mary ni pun macam Gigi jugak,hari-hari sebok mencari pacar tapi bezanya dia ni prefer thru online dating.Konon-konon suka layari laman sosial macam Facebook gitu.Ahh,gasak...Day by day,time by time (huh),Mary sentiasa kehampaan dalam usaha pencarian pacarnya.Oh ya,yang berkerumun 3 orang manusia lelaki dalam gambar ni ialah geng-geng ofis Mary.Part ni memang best,which is,Mary mendapat 1 voicemail message dari pacar online-nya yang membuat kejutan dengan nyanyian kahs buat Mary sehingga membuatkan mary berasakan bahawa dia ketemu juga sama dia punya Mr.Right.(dah macam tak faham ape kimmy taip nih).Teruskan je.Skip mana-mana ayat yang tak konsisten tu ya.Wekk.

Lepas tu?
Lepas tu, Mary dapat satu voicemail message dari lelaki yang sama.Nyanyi lagu yang sama.Tapi sebut nama pompuan lain.Aikk?hambik kau.Sekali jantan tu silap dail nombor la.Terdail no fon Mary skali lagi.Hahahaha.Sian Mary.

At then end,suatu hari,sedang Mary minum-minum kopi kat satu kedai biskut (gila! kedai kopi tentunya,dah dia pun minum kopi),sambil-sambil membelek halaman iklannya dari akhbar tempat dia bekerja,dia nampak muka ruang iklan Connor berserta gambar Connor dan kebetulan Connor memang tengah minum kat kedai yang sama berselang beberapa meja dari tempat Mary.Selama ini,mereka hanya berurusan melalui telefon kerana Connor ni agent real-estate.Makanya,berkawananlah mereke berdua seterusnya berpacaran.Happily ever after.

Nanti I masuk bab Connor pulak ya.

Connor (Kevin Connolly) and Anna (Scarlett Johansson).

Nak tahu yang mana dulu?Pasal Connor ke Anna?Or pasal Kimmy?
Kita cakap pasal Connor dulu ya.Pasal Anna,hold in pocket dulu ya,(heh,mentang-mentanglah si Anna tu played by Scarlett Johansson.)

Connor pulak adalah kawan kepada Alex.Coonor juga berkawan rapat dengan Anna.Dan sememangnya,sudah jatuh hati pada Anna.(gila sape tak tergugat dengan Anna nih,u see then only u know lah.)Anna sedar tentang perkara ini,namun,dia lebih selesa dengan hanya teman tapi mesra gitu.Kerana,pada saat ini,dia kejatuh hati pada Ben pulak.Connor cuba melamar Anna apabila membeli sebuah apartmen dan berhajat mahu mengajak Anna tinggal bersamanya,namun akhirnya,Anna berterus-terang bahawa dia tidak pernah cintakan Connor dan hanya menganggap Connor tak lebih dari seorang rakan yang paling baik untuknya.Poor Connor.Dan selepas tu lah,Connor jumpa Mary tadi.So,anda dah faham perihal Mary dan Connor?OK,bagus.

Anna.Bertemu dengan married man dengan tidak sengaja dan kemudiannya mereka jatuh cinta.Ben, suami kepada Janine.Ben mula sukakan Anna,dan bersedia meninggalkan Janine kerana berasakan mereka berkahwin atas dasar hormat-menghormati antara 1 sama lain.Namun,akhirnya,tidak bersedia untuk meninggalkan Janine setelah dia berterus-terang dengan Janine bahawa dia sudah mempunyai wanita lain.Kesudahan hubungan Ben dan Anna ialah,mereka juga putus.

Ben (Bradley Cooper) and Neil (Ben Affleck).

Ben juga member se-hobi Neil berkaitan kapal layar.Ben akhirnya berpisah dengan isterinya setelah masing-masing tidak sehaluan lagi.Janine tidak dapat terima kenyataan bahawa Ben sanggup mengkhianati cinta dan kepercayaannya.

Gigi (Ginnifer Goodwin), Beth (Jennifer Aniston) and Janine (Jennifer Connelly).

Kerjasama mereka ini.Maksudnya,diorang ni keje di satu tempat.Hahahaha.Macam susah jer I nak xplain.Cett.Sebenarnya,plot cerita ni dimulai dengan watak Gigi yang macam desperado pon ado nok cari pacar.Sampaikan mendapat khidmat nasihat percuma dari Alex yang dikenali jugak secara tak disangka.Kerana Gigi sebenarnya mengharapkan akan terjadi sesuatu hubungan dengan Connor.Connor kan kawan Alex.Kat sini lah,para ge-gurl sekalian boleh belajar sikit apekah lelaki yang kita suka tu,berminat dengan kita atau sebaliknya.Cewah.I yang dah kahwin ni pun nak tahu jugak.Hahahaha.Tak salah kan?Praktikkan dengan huby sendiri.Lagi halal.Kuang..kuang..kuang.

Gigi with Alex (Justin Long).
Tak nak story panjang,at last,mereka juga yang berpacaran.

Long time no see Jen Aniston.
Konflik bermula setelah 6 tahun mereka berpacar dan tinggal bersama seperti suami isteri.Beth sudah mula mempersoalkan komitmen hubungan mereka sepatutnya dipanjang dengan satu ikatan perkahwinan.Apatah lagi,Beth sentiasa menjadi buah mulut ahli keluarganya.Presure ler tu.Namun,Neil pula seorang yang tidak percayakan perkahwinan,kerana baginya,tanpa ikatan kahwin pun mereka boleh bahagia.Ia mengecewakan Beth seterusnya membuatkan Beth merasa bahawa Neil tidaklah interested sangat padanya.Beth mengambil keputusan berpindah keluar dan tinggal bersama keluarganya.Pada masa inilah,Neil mula terasa kekosongan tanpa Beth dan mengambil keputusan untuk berkorban prinsipnya demi sayangnya dia pada Beth.Neil akhirnya melamar Beth.Happily ever after.

Dah lama I tak nampak Jen Aniston kat tv or layar perak.Si janda Brad Pitt ni kalau tengok karektor dia dalam movie ni macam Sandra Bullock plak gaya lakonan dia.Maybe I saja yang perasan kot.Lupakan lupakan.

Ahh..tiba-tiba rasa macam nak makan megi perisa ayam pulak.Baiklah para penonton (bapak-bapak,ibu-ibu semuanyaaa...)selamat menonton.

Hai?Blah macam tu je?????
Read More..